MAJLIS Serah Terima Kapal JCG Erimo PL 02 (KM Pekan) Kepada Maritim Malaysia Berjalan Lancar

21 Desember 2017

JCG Erimo PL 02 (photo : Livedoor)

PULAU INNOSHIMA – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia hari ini melakar lagi sejarah baharu apabila dengan secara rasminya menerima Kapal JCG Erimo PL 02 dari Japan Coast Guard (JCG).

Majlis serah terima kapal  berlangsung lebih kurang jam 12 tengahari tadi (waktu Malaysia) di Limbungan Pulau Innoshima, Jepun.

Pegawai Memerintah JCG Erimo PL 02 Captain Yamamoto secara rasminya telah menyerahkan kapal tersebut kepada Kepten Maritim Robert Teh Geok Chuan selaku Pegawai Memerintah KM Pekan.

Majlis penyerahan tersebut turut disaksikan oleh Laksamana Pertama Maritim Mohd Aliyas bin Hamdan, Pengarah Cawangan C3I Maritim Malaysia bersama barisan Pegawai Maritim Malaysia serta anak kapal JCG Erimo PL 02.

(APMM)

Latest articles

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here
HARUS BACA :  India Pilih Kapal Selam Nuklir yang Akan Disewa