Militer.or.id : Berita Militer Indonesia dan Dunia

Kapal Misi Pesisir TLDM Dijangka Siap Menjelang 2021

10 Juli 2017

Littoral Mission Ship TLDM (image : Malaysian Defence)

KUALA LUMPUR – Projek kapal misi pesisir (LMS) yang diluluskan kerajaan di bawah program Transformasi Armada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) 15-to-5 dijangka siap secara berpe­ringkat bermula tahun 2019 hingga 2021.

Sehubungan itu, sebanyak 12 anggota TLDM yang terdiri daripada tujuh pegawai dan lima anggota lain-lain pangkat (LLP) di­terbangkan ke Wuhan, China esok bagi menjayakan projek tersebut.

Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin berkata, LMS melengkapkan TLDM de­ngan aset yang berkemampuan tinggi dalam melaksanakan operasi di perairan negara.

“Dengan adanya LMS, operasi secara berterusan di perairan maritim pasti dapat dilaksanakan dengan lebih baik sekali gus boleh memperkukuhkan kedau­latan negara.

“LMS juga dibina bagi menggantikan 15 armada TLDM sedia ada yang sudah menjangkau usia lebih 30 tahun,” katanya sewaktu ditemui pemberita dalam Majlis Mesra Tim Pasukan Projek LMS di KD Sri Gombak, di sini.

Turut hadir, Timbalan Pang­lima Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk Anuwi Hassan.

Mengulas lanjut misi, Ahmad Kamarulzaman memberitahu kon­­trak perolehan empat buah LMS telah dimeterai secara run­dingan terus di antara kerajaan Malaysia dengan Syarikat Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd. (BNSSB) pada 23 Mac lalu.

“Oleh itu, BNSSB dengan kerjasama China Shipbuilding Offshore & International Corporation. Ltd. (CSOC) akan membina dua buah LMS di Wuhan Shipyard, China diikuti dua buah lagi di Lumut, Perak.

“Kerjasama dengan negara China dalam bidang tersebut akan mampu meningkatkan ke­upayaan negara untuk menjadi pengeluar kapal perang yang berpotensi tinggi kerana 12 anggota yang dihantar ke sana ditugaskan untuk belajar dan menimba ilmu,” katanya.

(Utusan)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *