APM Bakal Miliki 29 Bot Penyelamat Amphibious Sealegs

APM Bakal Miliki 29 Bot Penyelamat Amphibious Sealegs

22 Juli 2017

Sealegs amphibious boat (photos : Utusan, Sarawakiana) 

Shahidan Kassim (tengah) dan Azmy Yahya memotong reben sebagai simbolik penyerahan kenderaan amphibious Sealegs milik Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) di Putrajaya (photo : Utusan)

PUTRAJAYA  – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bakal memiliki 29 buah bot penyelamat Amphibious Sealegs yang digunakan untuk misi menyelamat ketika bencana alam menjelang hujung tahun.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim berkata, sehingga kini APM telah menerima enam bot manakala selebihnya diterima secara berperingkat-peringkat.

“Pertambahan aset itu merupakan antara satu komitmen kerajaan dalam usaha memperkasa pengurusan bencana alam sekali gus berupaya memudahkan usaha menyelamat.

“Penerimaan ini bakal menjadikan APM sebagai pemilik terbanyak Amphibious Sealegs di Malaysia dengan membabitkan kos perolehan berjumlah RM15.7 juta,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis Penyerahan Bot Amphibious Sealegs di sini hari ini.


Yang hadir sama Ketua Pengarah APM, Datuk Azmy Yahya.

Sementara itu Shahidan memberitahu, jumlah keanggotaan APM dijangka mencecah dua juta orang sebelum hujung tahun ini.

Katanya, aspek kecekapan anggota yang dikerah ke lapangan turut dipertingkatkan menerusi pelbagai latihan, bukan sahaja membabitkan ketika banjir tetapi merangkumi bencana lain.

“Malah keperluan mengadakan latihan pengendalian aset harus dipergiatkan, bukan sahaja kepada APM tetapi kepada agensi lain menerusi kerjasama Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

“Perancangan dan persediaan ini haruslah dimulakan lebih awal dengan mengenal pasti atau menjangkakan kejadian yang bakal berlaku, agar mampu mengge­rakkan pelan tindakan dengan segera,” katanya.

(Utusan)

administrator
Menyebarkan berita berita <a><b>Militer Indonesia</b></a> dari media media mainstream Asia dan Indonesia. Mendambakan Kekuatan Militer Indonesia menjadi salah satu yang disegani kembali di kawasan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *