RHIB Paskal Bakal Diganti – Panglima

27 Maret 2017

The “M10” Roughneck by Ophardt (photos: Ullman Dynamics)

LANGKAWI 24 Mac – Aset Rigid Hull Inflatable Boat (RHIB) milik Pasukan Khas Laut (Paskal) akan menjalani proses penggantian sebagai salah satu transformasi peningkatan keupayaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin berkata, proses penggantian tersebut akan dijalankan secara berpe­ringkat dan mengambil masa dalam tempoh tertentu.

Walau bagaimanapun, kata­nya, TLDM kini masih menjalankan proses penilaian secara teliti bagi memastikan pasukan itu menerima aset terbaik sekali gus dapat melaksanakan misi dengan berjaya.

“Selain daripada proses transformasi kapal, kita juga akan mempertingkatkan keupayaan Paskal secara berperingkat untuk menghadapi apa jua ancaman masa kini.


“Kita tidak boleh menggunakan aset lama yang menjejaskan keupayaan dan saya akan sentiasa menentukan Paskal sentiasa diberi keutamaan,” katanya.

Bercakap dalam sidang akhbar khas sempena Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2017 (LIMA’17) di sini hari ini, katanya, beliau tahu dan yakin dengan kemahiran Paskal apabila diperlukan.

Beliau mengulas mengenai ujian penilaian bot Roughneck M-10 keluaran Ophardt Maritim yang dijalankan oleh Paskal semalam.

Dalam pada itu, Ahmad Kamarulzaman berkata, aplikasi Keselamatan, Kesedaran dan Komuniti Maritim (K3M) mampu menjadi platform komunikasi terbaik antara masyarakat serta TLDM.

“Dengan adanya aplikasi itu, golongan nelayan terutamanya dapat membantu kami dan agensi lain membanteras ancaman di perairan serta insiden kemalangan,” ujarnya.

(Utusan)

Latest articles

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here
HARUS BACA :  Rusia Mungkin Terima MiG-41 Interceptor Tahun 2020