TUDM Peruntuk RM7 Juta Lagi untuk Projek POH Lahad Datu

TUDM Peruntuk RM7 Juta Lagi untuk Projek POH Lahad Datu

05 Desember 2016

Wilayah Esscom (image : Focus)

LABUAN: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) memperuntukkan dana tambahan sebanyak RM7 juta kepada peruntukan asal RM9 juta yang disediakan kerajaan untuk pelaksanaan projek Pangkalan Operasi Hadapan (POH) TUDM di Lahad Datu.

Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Roslan Saad berkata pada masa ini, TUDM sedang menunggu kelulusan daripada Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pengangkutan untuk memulakan projek itu.

Beliau berkata POH, iaitu infrastruktur detasmen helikopter yang akan dibina di Lapangan Terbang Lahad Datu, penting untuk membantu mengekalkan keselamatan ruang udara Sabah, khususnya di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).


“Pangkalan operasi itu adalah untuk anggota tentera udara bertindak cepat sekiranya berlaku apa-apa kejadian tidak diingini atau isu berkaitan keselamatan di kawasan itu,” katanya selepas menutup Eksesais PARADISE 3/16 TUDM di Pangkalan TUDM Labuan di sini kelmarin.

Upacara pecah tanah projek itu disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Mei lalu.

POH akan berfungsi sebagai pusat transit dan sokongan udara untuk pelbagai helikopter yang dikendalikan oleh Angkatan Tentera Malaysia yang berulang-alik antara Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) dan Lapangan Terbang Lahad Datu.

(New Sabah Times)

administrator
Menyebarkan berita berita <a><b>Militer Indonesia</b></a> dari media media mainstream Asia dan Indonesia. Mendambakan Kekuatan Militer Indonesia menjadi salah satu yang disegani kembali di kawasan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *