14 Kereta Perisai APC Baharu untuk Sabah

14 Kereta Perisai APC Baharu untuk Sabah

11 Agustus 2017

14 kendaraan perisai APC untuk Sabah (photo : SayangSabah)

KOTA KINABALU : Tentera Darat Malaysia telah dilengkapkan dengan 14 buah kereta perisai baharu jenis Armoured Personnel Carrier (APC) untuk kegunaan kawalan keselamatan negeri ini termasuk Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur (ESSCOM). Menurut Panglimanya, Dato’ Sri Zulkiplie Kassim, kesemua aset terbaharu itu telah memulakan operasi bagi meningkatkan keupayaan kawalan keselamatan terutamanya kawasan ESSCOM. 

“Sebelum ini, kita sudah mempunyai 20 unit kenderaan perisai jenis itu termasuk tiga pesawat udara untuk membantu lapan infantri batalion yang bertugas di bawah naungan ESSCOM.

“Kita masih melihat keperluan-keperluan lain kerana kita melihat ESSCOM penting untuk diberi penumpuan dan membantu agensi-agensi lain melaksanakan operasi terutama di pulau-pulau yang ada di negeri ini,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, dan isteri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni di Istana Negeri, pagi tadi. 

Pada kunjungan itu, Zulkiplie turut memaklumkan Tun Juhar mengenai tahap keselamatan di Sabah dan penglibatan Tentera Darat Malaysia dalam membantu menjaga keselamatan negeri ini. “Kita wujudkan Markas Task Force 450 yang kemudian akan menjadi divisyen ke-5 yang bertanggungjawab ke atas keselamatan Negeri Sabah. 

“Bagi ESSCOM kita telah aturkan trup-trup untuk membantu dalam menjaga serta melaksanakan sebarang operasi,” tambahnya. Selain itu, beliau turut mengajak masyarakat setempat untuk menghadiri Majlis ‘Battle Honour’ pada 11 Ogos ini di Padang Merdeka. “Menteri Pertahanan akan memberi pengiktirafan kepada semua pasukan termasuk unit-unit dalam tiga cabang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang terlibat dengan Ops Daulat.

“Pengiktirafan besar ini menjadi catatan pada panji-panji pasukan sebagai penghargaan kepada kejayaan pasukan dalam satu-satu operasi atau pertempuran,” jelasnya. Tambahnya, pelbagai pengisian lain seperti pameran dan pertunjukan khas daripada ATM menanti pengunjung pada sebelah siang program itu dijalankan. Hadir sama isteri Zulkiplie, Datin Sri Zaleha Md Yusof.

(Sayang Sabah)

administrator
Menyebarkan berita berita <a><b>Militer Indonesia</b></a> dari media media mainstream Asia dan Indonesia. Mendambakan Kekuatan Militer Indonesia menjadi salah satu yang disegani kembali di kawasan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *