TUDM Gantung Operasi Latihan Hawk Mk108 – Panglima Tentera Udara

TUDM Gantung Operasi Latihan Hawk Mk108 – Panglima Tentera Udara

15 Juni 2017

TUDM memiliki enam pesawat dua kursi Hawk 108 yang digunakan sebagai pesawat latih. (photo : Laurence M Bean)

KUANTAN: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) memutuskan untuk menggantung semua operasi latihan atau penerbangan  pesawat jenis Hawk Mk-108 bagi memberi ruang siasatan ke atas nahas pesawat mereka dilakukan.

Panglima Tentera Udara, Jeneral Datuk Seri Affendi Buang berkata, bagaimanapun tempoh penggantungan operasi pesawat itu akan diputuskan dalam masa terdekat.

Menurutnya, penggantungan itu akan dimaklumkan kemudian, selepas mengambil kira hasil siasatan Badan Siasatan yang akan ditubuhkan.

“Keputusan ini (penggantungan) dibuat  memberikan ruang kepada pasukan siasatan melakukan siasatan mereka… ini adalah antara langkah segera yang kita ambil.

“Selain itu, kita juga akan memastikan kebajikan keluarga kedua juruterbang kami yang terkorban ini mendapat perhatian sewajarnya.

“Kematian Mejar Mohd Hasri Zahari, 31 tahun dan Mejar Yazmi Mohamed Yusof, 39 tahun adalah juruterbang berpengalaman dan aset kami… insiden ini adalah kehilangan besar kepada TUDM,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media khas di Pangkalan TUDM Kuantan, di sini.


Sebelum itu, katanya,  dua juruterbang Hawk 108 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dilaporkan hilang jam 11.30 pagi tadi disahkan meninggal dunia.

Mohd Hasri berasal dari Kuala Lumpur manakala  Yazmi pula dari Negeri Sembilan ditemui kira-kira jam 2.30 petang, di kawasan hutan dan berpaya berhampiran Kampung Chukai, Terengganu iaitu 48 Kilometer daripada Pengkalan TUDM Kuantan.

Jelasnya, mayat mangsa ditemui 20 meter antara satu sama lain dengan payung terjun kecemasan masing-masing.

“Kita percaya mereka sempat menarik kerusi anjal ketika pesawat itu apabila pesawat terbabit mula hilang kawalan.

“Bagaimapun, rangka pesawat  mangsa pesawat masih belum ditemui dan pihaknya kini akan menjalankan kerja mencari rangka terbabit,”  katanya

Jelasnya, kedua juruterbang tersebut sedang melalukan latihan lanjutan sebelum pesawat yang dinaiki mereka hilang dari unit kawalan udara kira-kira jam 11.30 pagi, semalam.

Yazmi jurulatih penerbang pesawat yang sudah berkhidmat kira-kira 19 tahun, dan  Mohd yang berkhidmat 13 tahun.


administrator
Menyebarkan berita berita <a><b>Militer Indonesia</b></a> dari media media mainstream Asia dan Indonesia. Mendambakan Kekuatan Militer Indonesia menjadi salah satu yang disegani kembali di kawasan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *