Kronologi Pesawat Hawk TUDM 1996-2006

Kronologi Pesawat Hawk TUDM 1996-2006

16 Juni 2017

Hawk Mk-108 TUDM (photo : Malaysian Defence)

JET pejuang dua tempat duduk, Hawk 108 milik TUDM dikhuatiri hilang di utara Kuantan iaitu di sempadan antara Terengganu dan Pahang, 11.30 kamis pagi hari.

Mengikut rekod, TUDM memilik enam pesawat Hawk 108 untuk tujuan latihan lanjutan manakala 16 unit Hawk 208.

Difahamkan, Hawk mula bersama TUDM sejak 1996. Ia adalah pesawat latihan lanjutan dan pesawat pejuang ringan.

Kronologi pesawat Hawk terhempas

*31 Mei 2006 – Seorang juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dikhuatiri hilang ketika melakukan sesi latihan peperangan selepas jet pejuang Hawk 100 dipandunya terhempas di kawasan berpaya di Endau, dekat Rompin, Kuantan.

*23 Jun 2005-Seorang juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang baru melangsungkan majlis persandingannya, sebelum sebelum nahas, terbunuh apabila pesawat Hawk Mk208 terhempas dalam belukar berhampiran Kampung Kerupang di utara Lapangan Terbang Labuan.

* 18 Disember 2003 – Dua juruterbang pesawat Hawk 100 terbunuh selepas pesawat mereka terhempas di perairan Pantai Sepat, Kuantan.

* 4 September 2002 – Pesawat pejuang Hawk MK208 TUDM, terhempas ketika melakukan latihan di ruang udara Pulau Tioman, Pahang.

Bagaimanapun juruterbangnya, Kapten S Nadzeer Sallehudin, 31, berjaya menyelamatkan diri dengan menekan butang kerusi anjal.

* 19 Mac 2002 – Seorang anggota kejuruteraan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Butterworth, Pulau Pinang, Laskar Udara Kanan (LUK) Shawn Cristopher Chew, 25, terbunuh apabila kerusi anjal sebuah jet pejuang Hawk 108 tiba-tiba melantun selain menyebabkan enam lagi melecur terkena api roket.

* 10 September 1998 – Sebuah pesawat pejuang jenis Hawk 208 Skuadron Ke-6 dari pangkalan TUDM Kuantan terhempas di Kampung Kuala Betis, kira-kira 30 kilometer dari Gua Musang menyebabkan juruterbangnya, Kapten Jaidev Biaspal a/l Basdav Biaspal, terkorban.

*18 Jun 1996 – Sebuah pesawat Hawk 100 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berkecai setelah terhempas dalam kawasan sawah berhampiran pangkalannya di Butterworth.

Juruterbang yang terbabit dikenali sebagai Lt Kol Roshaimi Zakaria dan Kapten K Chandran, bagaimanapun selamat keluar menggunakan kerusi anjal.

(Metro)

administrator
Menyebarkan berita berita <a><b>Militer Indonesia</b></a> dari media media mainstream Asia dan Indonesia. Mendambakan Kekuatan Militer Indonesia menjadi salah satu yang disegani kembali di kawasan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *